Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)
Itulah kelebihan seorang guru dimata Islam. Dimata masyarakat juga tidak ketinggalan. Ternukil dalam mana mana pantun, pasti rasa hormat dan pengorbanan guru dijadikan sanjungan.
GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Majlis Sambutan Pra Jubli Emas telah diadakan pada 5 Mei 2012 di Dewan Sultan Abdul Halim dengan penuh gilang gemilang baru baru ini. Majlis yang dihadiri oleh guru, pelajar, bekas pelajar dan bekas guru Jenan diserikan dengan berbagai acara sebagai count down perayaan Jubli Emas SM Sultan Abdul Halim, Jitra pada tahun 2013 nanti.
Majlis dimulakan dengan Majlis Tahlil di Masjid Muazzam, sebelum semua hadirin menuju ke Dewan Sultan Abdul Halim pada jam 9.00 malam dan diakhiri dengan letupan warna warni bunga api.

Majlis penutup Miki amat meriah… Majlis diserikan dengan kehadiran NowSeeHeart. Disamping menyampaikan nasyid nasyid mereka, kumpulan nasyid ini juga sudi menyampaikan hadiah kepada bebera[a orang yang amatbernasib baik iaitu dalam katogeri cabutan bertuah.

Konflik remaja dan penyelesaiannya mengikut perspektif islam …. tajuk forum perdana telah dipilih dalam Minggu Kesenian Islam tahun 2012 kali ini.
Forum perdana kali ini diserikan oleh Ustaz Roslan Che Ros, Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Ustaz Ahmad Faisol bin Haji Omar Pegawai agama daerah kubang pasu dan Ustaz Lufti sebagai moderatornya.
Forum ini membincangkan isu isu berkaitan remaja dan bagaimana cara menanganinya serta anjuran segera bertaubat sekiranya telah terjebak atau telah terlanjur dengan berbagai dosa.
Diharapkan forum ini memberi makna yang besar dalam membentuk jati diri remaja.
Filed under:
Acara, Agama

Pada 8 April lalau, Briged Cyber Jenan telah berjaya mengumpulkan sedikit dana bagi membeli seunit LCD jenama Epson yang berharga RM1,600 dan disumbangkan kepada pihak sekolah dan akan dipasang di Makmal Bestari bagi menggantikan LCD yang lama.
Majlis telah disumpernakan oleh Pengerusi Briged Cyber Jenan saudara Farid Wajdi bin Abdul Hamid dan diserahkan kepada tuan pengetua.
Diharapkan dengan sumbangan ini, penggunaan makmal bestari akan lebih rancak lagi dengan adanya LCD baru.

Tokey muzik bersama pelajar cemerlang SMSAHBAND …. Tahniah!!! Walaupun sibuk dgn band, tetapi mereka tetap berjaya. Jangan jadikan koko sebagai penghalang untuk anda berjaya kerana anda boleh berjaya dalam apa jua bidang dengan syarat anda mengamalkan disiplin diri yang tinggi.

JITRA: Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), di sini, apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan, semalam.
Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak masing-masing berusia 18 tahun menganggap kejayaan mereka sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.
Abdullah memperoleh keputusan 7A 2B; Abdul Rahim meraih 9A manakala Abdul Razak mendapat 8A 1B. Abdullah berkata, dia dan adik-adiknya tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu kerana ketika peperiksaan percubaan, mereka mendapat keputusan kurang baik.
Menurutnya, rahsia kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang dengan sentiasa memberi tumpuan ketika guru mengajar dan mengulang kaji pelajaran cara mereka.
“Kami bertiga selalu mengadakan perbincangan setiap malam dan akan merujuk kepada rakan lain seterusnya kepada guru jika tidak dapat menyelesaikan masalah.
“Selain itu, kami sering membaca al-Quran dan melakukan solat hajat terutama ketika menghadapi peperiksaan bagi mencari ketenangan.
“Kami juga mengamalkan makan kismis tujuh biji sebelum masuk ke bilik peperiksaan,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama dua lagi adik kembarnya.
Abdul Rahim juga berterima kasih kepada guru SMSAH yang banyak membantu mereka bersaudara, malah tidak jemu memberi tunjuk ajar serta sanggup datang pada waktu malam untuk mengajar terutama ketika menjelang hari peperiksaan.
“Memandangkan tinggal di asrama, kami menganggap guru seperti ibu bapa juga yang sentiasa mengambil berat sama ada pelajaran mahupun kehidupan seharian di asrama,” katanya yang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.
Sementara itu, Abdul Razak pula berkata, walaupun gembira dengan pencapaian mereka, namun terkilan kerana seorang lagi kembar mereka, Abdul Rahman tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama apabila meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang ketika berusia lima tahun.
sumber :http://www.hmetro.com.my

Keputusan SPM 2011…
Tahniah buat semua… Jenan terus mara.
Memburu kecemerlangan dengan keputusan GPS 1.6345 mengatasi rekod sebelumnya iaitu 2.03 pada tahun 2010 dengan subjek terbaik iaitu sejarah dengan GPK 0.493 dan diikuti oleh matematik dengan GPK 0.55.
Diharapkan kejayaan hari ini akan menjadi pendorong kejayaan pada masa akan datang…..

Ayahanda pengetua memberi motivasi kepada pasukan bahas sekolah pada hari ini. Ayatnya mudah “Lebih sikit lagi jer!!” sebelum ini Jenan pernah berada di puncak. Justeru itu, usaha lebih sikit lagi saja bagi memastikan kita terus berada dipuncak.
Itulah kata kata semangat buat pasukan bahas Jenan. Apapun, Jenan sentiasa bersedia…….

Jenan amat terasa kehilangan seorang guru yang amat berpengalaman… Che Tajuddin bin Che Ishak yang bersara wajib baru baru ini. Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai guru mulali tahun 1977 dan pada hari ini genap 35 tahun bergelar seorang guru.
Selain dari itu , beliau juga turut memegang rekod guru yang menjadi warden paling lama iaitu selama 30 tahun. Kehilannnya turut dirasai oleh rakan dan pelajar.

Majlis persaraan ini turut dihadiri oleh ramai bekas pelajarnya termasuk pelajar tingkatan satu pada tahun 1977. Apapun, kami warga Jenan mengucapkan selamat bersara buat ckgu dan berharap agar cikgu sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga dan juga cucu !!!